3 KELEBIHAN UTAMA SSPN-i PLUS WAJIB IBU BAPA TAHU!
SSPN-i Plus merupakan satu pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Ia lebih baik daripada SSPN-i sedia ada iaitu dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
Caruman serendah RM30 setiap bulan.
3 KELEBIHAN UTAMA SSPN-i PLUS WAJIB IBU BAPA TAHU!
1. Perlindungan Takaful sehingga RM1,000,000 Untuk Keadaan Yang Tidak Dijangka
SSPN-i Plus dilengkapi dengan perlindungan takaful yang tinggi, beserta perlindungan keilatan kekal (permanent disability), perlindungan daripada 36 penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital harian dan khairat kematian (manfaat khairat kematian adalah bagi pendeposit termasuk pasangan).
Manfaat penuh boleh dilihat seperti di bawah:
Nota:
* Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
Baca :
1. Sebuah keluarga telah mendapat manfaat daripada perlindungan takaful SSPN-i PLUS berjumlah RM170,037.20
Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20
Posted by Berita Harian Online on Sunday, 29 January 2017
2. RM709,840 telah diberikan kepada 65 penyimpan PTPTN
PTPTN keluarkan tuntutan perlindungan takaful RM709,840
Posted by Berita Harian Online on Monday, 6 February 2017
3. SSPN-i Plus patuh syariah, lindungi masa depan anak.
SSPN-i Plus patuh syariah, lindungi masa depan anak
Posted by Berita Harian Online on Thursday, 9 February 2017
2. Dividen Yang Lebih Tinggi Berbanding Pelan-Pelan Simpanan Lain
Kadar Dividen SSPN-i Plus:
Simpanan dengan pemberian dividen tertinggi di Malaysia dan ianya juga patuh syariah.
3. Pengecualian Cukai Taksiran Sehingga RM12,000
Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih (jumlah simpanan – jumlah pengeluaran) tahun semasa sehingga RM12,000 setahun.
# Maksimum RM6,000 untuk bahagian simpanan di bawah SSPN.
# Maksimum RM6,000 lagi untuk bahagian takaful di bawah Insurans Nyawa dan KWSP.
Ini merupakan cara yang terbaik bagi mengurangkan cukai, di samping mendapat pelbagai manfaat lain seperti di atas.
Mula Menabung Hari Ini, Elakkan Meminjam
Sejak SSPN-i Plus dilancarkan Jun 2015 lalu, sebanyak 52,615 akaun skim itu dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM19.9 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga RM2.3 bilion. Dengan pelbagai manfaat yang boleh anda nikmati, mulakan langkah bijak dengan membuka akaun SSPN-i Plus anda hari ini juga.
Bagi mereka yang liat dan selalu terlupa, bolehlah buat potongan gaji bulanan. Untuk masa depan anak anda juga. Paling penting jangan bebankan anak-anak anda dengan pinjaman pelajaran.
Alhamdulillah, skim simpanan ini patuh syariah dan dijamin kerajaan.
Inilah baharu betul simpanan + takaful!
Jika anda berminat, bolehlah buat Pendaftaran SSPN-i Plus secara online.
Comments
Post a Comment